16 November 2009

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Tempoh pengajian sesi Julai 09/10 telahpun tamat. bagi pelajar tahun satu ia merupakan saat yang mendebarkan. Pepriksaan sudah berakhir. kebanyakan penghuni kolej kediaman juga sudah beransur pulang.Apa yang kami harapkan kepulangan anda penuh dengan perancangan aktiviti yang membina disamping membawa khabar gembira kepada sanak saudara yang menanti di kampung halaman.

Pun begitu, perancangan pembelajaran sesi Disember bakal ditempuh. Suasana eperancangan sesi Disember tidak jauh beza dengan sesi ini. begitu juga sesi-sesi mendatang.Mempelajari sejarah lepas adalah panduan penting bagi kehidupan insan di hari ini dan akan datang. Sejarah jika tidak diingati untuk pengiktibran bak kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

bagi pelajar yang akan menjalani latihan industri, dipihak JKPP, mengucapkan selamat berjaya dan menamatkan latihan dengan penuh iltizam. semoga pengalaman yang terbina menjadi bekalan melayari alam pekerjaan. usah malu segan bertanya, jangan tersipu-sipu melaksanakan tuntutan kerja apatah lagi mencari identiti pekerja yang ideal. Semangat dan usaha menjadi pegangan. doa dan restu menjadi bekalan. disamping catatan menjadi inspirasi dimasa hadapan

Tidak dilupakan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung. Usah gelisah kerana masih banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Antaranya program korban anjuran Kelab Penyayang yang merupakan salah satu finalis anugerah kelab-kelab. Mungkin cuti anda lebih bermakna dengan aktiviti-aktiviti sedemikian.

Kepada Unit Penempatan Pelajar,Pihak Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar (JKPP) merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih, kerana bersetuju menyediakan perkhidmatan ASTRO, atas permintaan kami, yang bakal disediakan di setiap blok dan kafe KUSZA. juga menanti, perkhidmatan wireles yang bakal dinikmati oleh semua penghuni blok di kolej kediaman pada sesi mendatang. Bagi kami, setiap titisan peluh anda amatlah bernilai.

Warga kolej kediaman, masih banyak lagi kemudahan dan aktiviti yang menanti anda pada sesi hadapan. Kami juga mengucapkan terima kasih atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. yang jelas pada kami "Kepimpinan Mahasiswa Pemacu Modal Insan Cemerlang"

SELAMAT BERCUTI DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

07 October 2009

Lawatan ilmiah JKPP 09.

salam prihatin kepada semua~
pada 30 September hingga 2 Oktober 2009, JKPP telah menbuat lawatan ilmiah ke UKM, UPM dan UM. dimana kami telah berbincang banyak perkara yang boleh dibawa kepada penambahbaikan di kolej kediaman Universiti Malaysia Terengganu sendiri serta menjalinkan hubungan diplomatik sesama UMT,UPM,UKM dan UM.
berikut adalah sedikit gambar ketika berjalannya program sesi dialog dah lawatan ke universiti.
.
.
.
penerangan oleh wakil jawatankuasa di kolej Pendeta Za'ba UKM, dimana bekas pengetua Kolej berkenaan merupakan Prof Dr Yahaya Bin Ibrahim(TNC HEPA UMT sekarang).

.
.
.
sesi perkenalan di Kolej ke-5 UPM.

.
.
.
JKPP dan MTM UPM ketika membuat lawatan sekitar UPM.

.
.
.
persidangan MTMupm, jemaah Presiden UPM dan JKPP UMT bagi membincangkan kemudahan dan masalah yang sering dihadapi.

.
.
.
lawatan di UM selepas sesi dialog dijalankan.


segala kebaikan yang kami perolehi daripada program Lawatan Ilmiah ini akan diusulkan kepada Pihak berkenaan. Kami juga mahu yang terbaik bagi kolej kediaman UMT kerana kami juga seperti anda. Sekian~

"Keprihatinan Mahasiswa Pemacu Modal Insan Cemerlang"
coretan : N. presiden I

15 September 2009

SYAWAL MENJELANG LAGI..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Kolej KediamanUniversiti Malaysia Terengganu
Alhamdullilah, kepada warga Kolej Kediaman yang beragama islam, kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi di atas kurniaan menikmati bulan yang mulia pada kali ini. Apa yang dipohonkan, agar dipertemukan kepada kita pada tahun-tahun mendatang.

RAMADHAN YANG DIBERKATI, SYAWAL YANG DIRAI, sungguh bermakna untuk kita hayati. dalam diri merasai kegembiraan menyambut syawal mendatang, tanpa disedari kesedihan meninggalkan kemuliaan ramadhan menyelubungi diri. Hanya renungan dan azam sahaja yang akan tersulam dihati.

Bagi mahasiswa di semenanjung Malaysia, Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman,berhati-hati semasa memandu dan selamat menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta. Jangan lupa untuk mememohon kemaafan kepada sanak saudara disamping memohon keberkatan dari mereka.

Bagi mahasiswa daripada Sabah dan Sarawak, Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar juga mengucapkan Selamat Hari Lebaran, selamat bercuti dan selamat menyambut Aidilfitri di perantauan. Ingatilah keluarga di kampung halaman yang sentiasa merindui dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan sepanjang berjuang dirantau orang. untuk pengetahuan anda, Kelab Kebudayaan Sabah ada mengadakan sambutan Aidilfitri di sini. Sila lihat memo di mana-mana papan kenyataan di asrama dan kampus. Anda juga boleh menghubungi saudari Ros Ilyahni bintio Abd Kadir, presiden Kelab Kebudayaan Sabah di talian 014-5102279 untuk maklumat lanjut.

Sekali lagi, dipihak Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua penghuni Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu. Dalam kita bergembira ingatilah kepada mereka yang tiada. semoga ia menjadi muhasabah bagi kita yang masih hidup. akhir coretan, ingin kami persembahkan puitis-puitis aidilfitri


satukan tangan satukan hati itulah indahnya silaturrahim..

tersilat khilaf dalam candaku,
tergores luka dalam tawaku,
terselit pilu dalam tingkahku,
tersinggung rasa dalam bicaraku,
salam kemaafan kami dahulu,
moga ukhwah kekal selalu.

lihatlah awan disiang hari..
bergantian malan yang dinihari...
dirikami milik Illahi..
memohon maaf kepada insan Illahi.

Ampun dan maaf andainya kami ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama..
Tersasul yang tak sengaja...
Terambil harta & benda..
Termoody tak semena-mena..
Terumpat bila ada cerita,
Termacam-macam yang kena-mengena..
Di hari yang mulia sepuluh jari kami hulurkan semua
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana kami masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Lebaran...
Maaf zahir & Batin

27 August 2009

::Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan::

Salam ramadhan~
bersempena bulan ramadhan yang mulia ini, pihak JKPP menganjurkan satu program Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan dengan kerjasama MPP dan HEPA. Dimana terdapat beberapa program seperti:
  • program berbuka puasa
  • pertandingan tadarus al quran antara blok

Penyertaan adalah terbuka kepada semua penghuni kolej kediaman.

Diharap semua mahasiswa/wi dapat memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

"KEPRIHATINAN MAHASISWA PEMACU MODAL INSAN CEMERLANG"

13 August 2009

::SELAMAT BERCUTI warga UMT::

salam sejahtera.
kami dari pihak JKPP ingin mengucapkan selamat bercuti semester kepada semua warga UMT dan ingin dimaklumkan kepada semua bahawa:
  • sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selsema dan seumpamanya ketika berada dirumah, sila pastikan kesihatan anda pulih sepenuhnya sebelum balik ke UMT.
  • dapatkan rawatan lanjut daripada klinik atau hospital berdekatan dan dapatkan sijil cuti sakit.
  • anda boleh pulang ke UMT apabila anda sudah pulih sepenuhnya.

kami mendoakan agar semua warga UMT sihat sejahtera.

"Keprihatinan Mahasiswa Pemacu Modal Insan Cemerlang"

03 August 2009

::Influenza H1N1::

Salam & salam sejahtera~
ingin diingatkan kepada semua pelajar UMT, setakat ini tiada kes H1N1 positif di UMT dan harap diabaikan sebarang khabar angin yang disebarkan kerana perkara ini telah disahkan daripada Dr Arnie sendiri.
Bagi penghuni asrama atau mana-mana pelajar UMT yang mempunyai simptom-simptom seperti:
  • batuk
  • selsema
  • demam panas
  • sakit-sakit badan

anda diminta mendapatkan rawatan lanjut dan pada yang telah mendapatkan rawatan@ telah diarahkan untuk tinggal di bilik 'isolate', mohon supaya anda menjaga kesihatan dan jangan merayau-rayau di sekitar asrama sehingga anda telah sihat sepenuhnya. Ini adalah demi kepentingan anda dan rakan-rakan sekeliling anda. bersama-sama kita mencegah sebelum terlambat.

31 July 2009

.:SaLam saTu MaLaysia:.


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,


Selamat datang ke BLog JKPP..


sekadar ingin memperkenalkan barisan-barisan Jawatankuasa tertinggi di dalam


JKPP sesi 2008/2009>:


::PRESIDEN::

Wan Muhammad Zaki Bin Wan Ahmad


::TIMBALAN PRESIDEN::

Mohd Harith Bin Habibuddin


::NAIB PRESIDEN I::

Sandereena Tan Bt Tazril Rahimi Tan


::NAIB PRESIDEN II::

Chuah Lay Theng


::NAIB PRESIDEN III::

Jaya Kumar a/l Shanmugam


::SETIAUSAHA::

Wan Noor Hazrena Binti Md Rokmar


::TIMBALAN SETIAUSAHA::

Nurfarhana Binti Baharuddin


::BENDAHARI::

Amira Husni Binti Talib


::EXCO KOLEJ KEDIAMAN::

Mohamad Anuar Bin Roslan


::NAIB EXCO KOLEJ KEDIAMAN::

Nurul Ruzanna Binti Rusli


::EXCO AKADEMIK::

Siti Balqis Binti Ismail


::EXCO PUBLISITI & DIPLOMASI::

Muhammad Sufi Bin Iberahim Shah


::EXCO KEUSAHAWANAN & KORPORAT::

Rusmi Binti Rasul


::EXCO SUKAN & WARISAN::

Hazman Bin Sumadi


::EXCO PEMBANGUNAN SAHSIAH::

Sharulamin Bin Mohamad Shari


::NAIB EXCO PEMBANGUNAN SAHSIAH I::

Santha a/p Thiagarajah


::NAIB EXCO PEMBANGUNAN SAHSIAH II::

Cheah Pey Ling


::EXCO TUGAS-TUGAS KHAS::

Nur Athifah Binti Abdul Karim

sebarang permasalahan anda boleh merujuk kepada mana-mana Jawatankuasa Tertinggi JKPP.

sekian.