27 August 2009

::Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan::

Salam ramadhan~
bersempena bulan ramadhan yang mulia ini, pihak JKPP menganjurkan satu program Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan dengan kerjasama MPP dan HEPA. Dimana terdapat beberapa program seperti:
  • program berbuka puasa
  • pertandingan tadarus al quran antara blok

Penyertaan adalah terbuka kepada semua penghuni kolej kediaman.

Diharap semua mahasiswa/wi dapat memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

"KEPRIHATINAN MAHASISWA PEMACU MODAL INSAN CEMERLANG"

13 August 2009

::SELAMAT BERCUTI warga UMT::

salam sejahtera.
kami dari pihak JKPP ingin mengucapkan selamat bercuti semester kepada semua warga UMT dan ingin dimaklumkan kepada semua bahawa:
  • sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selsema dan seumpamanya ketika berada dirumah, sila pastikan kesihatan anda pulih sepenuhnya sebelum balik ke UMT.
  • dapatkan rawatan lanjut daripada klinik atau hospital berdekatan dan dapatkan sijil cuti sakit.
  • anda boleh pulang ke UMT apabila anda sudah pulih sepenuhnya.

kami mendoakan agar semua warga UMT sihat sejahtera.

"Keprihatinan Mahasiswa Pemacu Modal Insan Cemerlang"

03 August 2009

::Influenza H1N1::

Salam & salam sejahtera~
ingin diingatkan kepada semua pelajar UMT, setakat ini tiada kes H1N1 positif di UMT dan harap diabaikan sebarang khabar angin yang disebarkan kerana perkara ini telah disahkan daripada Dr Arnie sendiri.
Bagi penghuni asrama atau mana-mana pelajar UMT yang mempunyai simptom-simptom seperti:
  • batuk
  • selsema
  • demam panas
  • sakit-sakit badan

anda diminta mendapatkan rawatan lanjut dan pada yang telah mendapatkan rawatan@ telah diarahkan untuk tinggal di bilik 'isolate', mohon supaya anda menjaga kesihatan dan jangan merayau-rayau di sekitar asrama sehingga anda telah sihat sepenuhnya. Ini adalah demi kepentingan anda dan rakan-rakan sekeliling anda. bersama-sama kita mencegah sebelum terlambat.