16 November 2009

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Tempoh pengajian sesi Julai 09/10 telahpun tamat. bagi pelajar tahun satu ia merupakan saat yang mendebarkan. Pepriksaan sudah berakhir. kebanyakan penghuni kolej kediaman juga sudah beransur pulang.Apa yang kami harapkan kepulangan anda penuh dengan perancangan aktiviti yang membina disamping membawa khabar gembira kepada sanak saudara yang menanti di kampung halaman.

Pun begitu, perancangan pembelajaran sesi Disember bakal ditempuh. Suasana eperancangan sesi Disember tidak jauh beza dengan sesi ini. begitu juga sesi-sesi mendatang.Mempelajari sejarah lepas adalah panduan penting bagi kehidupan insan di hari ini dan akan datang. Sejarah jika tidak diingati untuk pengiktibran bak kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

bagi pelajar yang akan menjalani latihan industri, dipihak JKPP, mengucapkan selamat berjaya dan menamatkan latihan dengan penuh iltizam. semoga pengalaman yang terbina menjadi bekalan melayari alam pekerjaan. usah malu segan bertanya, jangan tersipu-sipu melaksanakan tuntutan kerja apatah lagi mencari identiti pekerja yang ideal. Semangat dan usaha menjadi pegangan. doa dan restu menjadi bekalan. disamping catatan menjadi inspirasi dimasa hadapan

Tidak dilupakan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung. Usah gelisah kerana masih banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Antaranya program korban anjuran Kelab Penyayang yang merupakan salah satu finalis anugerah kelab-kelab. Mungkin cuti anda lebih bermakna dengan aktiviti-aktiviti sedemikian.

Kepada Unit Penempatan Pelajar,Pihak Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar (JKPP) merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih, kerana bersetuju menyediakan perkhidmatan ASTRO, atas permintaan kami, yang bakal disediakan di setiap blok dan kafe KUSZA. juga menanti, perkhidmatan wireles yang bakal dinikmati oleh semua penghuni blok di kolej kediaman pada sesi mendatang. Bagi kami, setiap titisan peluh anda amatlah bernilai.

Warga kolej kediaman, masih banyak lagi kemudahan dan aktiviti yang menanti anda pada sesi hadapan. Kami juga mengucapkan terima kasih atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. yang jelas pada kami "Kepimpinan Mahasiswa Pemacu Modal Insan Cemerlang"

SELAMAT BERCUTI DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN