10 January 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar (JKPP) telah dinaiktaraf kepada Majlis Kolej Kediaman (MKK) berkuatkuasa 1 Januari 2010.


Mesyuarat Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar (JKPP) telah mendapat persetujuan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk menggantikan Jawantankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar kepada Majlis Kolej Kediaman.


Dengan ini dimaklumkan juga segala urusan rasmi hendaklah dialamatkan atas nama Majlis Kolej Kediaman berkuatkuasa 1 Januari 2010.


Walaubagaimanapun terdapat beberapa dasar dan bidang tugas yang masih dalam proses penelitian bagi melicinkan lagi perjalanan organisasi. Segala kerjasama dan sokongan anda amatlah kami hargai.


Exco Publisiti dan Diplomasi
Majlis Kolej Kediaman
sesi 09/10

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat memulakan sesi Disember 09/10. semoga pencapaian sesi Julai 09/10 menjadi pemangkin untuk mencapai keputusanyang lebih cemerlang. Tetapi awas akademik bukan segala-galanya. Pencapaian dalam bidang sukan, kokurikulum, kepimpinan dan penyertaan dsalam aktiviti juga menjadi kayu ukur pencapaian. Ini akan menggalakan lagi para pelajar menjalankan beberapa penyelidikan dan kajian dalam proses pengajian mereka di universiti.

PTPTN sudah pun disalurkan ke dalam akaun para peminjam. Sebagai badan yang menjaga kebajikan para pelajar, ingin kami mengingatkan agar praktikan jiwa berjimat cermat. sematkan sikap menabung dan berbelanja mengikut keperluan.

Salam Tahun baru dan Maal Hijrah dari kami. Semoga kedatangan kedua-duanya mendatangkan azam yang bercahaya dalam diri untuk memancarkan sinar kejayaan.