10 January 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar (JKPP) telah dinaiktaraf kepada Majlis Kolej Kediaman (MKK) berkuatkuasa 1 Januari 2010.


Mesyuarat Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar (JKPP) telah mendapat persetujuan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk menggantikan Jawantankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar kepada Majlis Kolej Kediaman.


Dengan ini dimaklumkan juga segala urusan rasmi hendaklah dialamatkan atas nama Majlis Kolej Kediaman berkuatkuasa 1 Januari 2010.


Walaubagaimanapun terdapat beberapa dasar dan bidang tugas yang masih dalam proses penelitian bagi melicinkan lagi perjalanan organisasi. Segala kerjasama dan sokongan anda amatlah kami hargai.


Exco Publisiti dan Diplomasi
Majlis Kolej Kediaman
sesi 09/10

No comments:

Post a Comment