03 August 2009

::Influenza H1N1::

Salam & salam sejahtera~
ingin diingatkan kepada semua pelajar UMT, setakat ini tiada kes H1N1 positif di UMT dan harap diabaikan sebarang khabar angin yang disebarkan kerana perkara ini telah disahkan daripada Dr Arnie sendiri.
Bagi penghuni asrama atau mana-mana pelajar UMT yang mempunyai simptom-simptom seperti:
  • batuk
  • selsema
  • demam panas
  • sakit-sakit badan

anda diminta mendapatkan rawatan lanjut dan pada yang telah mendapatkan rawatan@ telah diarahkan untuk tinggal di bilik 'isolate', mohon supaya anda menjaga kesihatan dan jangan merayau-rayau di sekitar asrama sehingga anda telah sihat sepenuhnya. Ini adalah demi kepentingan anda dan rakan-rakan sekeliling anda. bersama-sama kita mencegah sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment