15 September 2009

SYAWAL MENJELANG LAGI..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Kolej KediamanUniversiti Malaysia Terengganu
Alhamdullilah, kepada warga Kolej Kediaman yang beragama islam, kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi di atas kurniaan menikmati bulan yang mulia pada kali ini. Apa yang dipohonkan, agar dipertemukan kepada kita pada tahun-tahun mendatang.

RAMADHAN YANG DIBERKATI, SYAWAL YANG DIRAI, sungguh bermakna untuk kita hayati. dalam diri merasai kegembiraan menyambut syawal mendatang, tanpa disedari kesedihan meninggalkan kemuliaan ramadhan menyelubungi diri. Hanya renungan dan azam sahaja yang akan tersulam dihati.

Bagi mahasiswa di semenanjung Malaysia, Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman,berhati-hati semasa memandu dan selamat menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta. Jangan lupa untuk mememohon kemaafan kepada sanak saudara disamping memohon keberkatan dari mereka.

Bagi mahasiswa daripada Sabah dan Sarawak, Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar juga mengucapkan Selamat Hari Lebaran, selamat bercuti dan selamat menyambut Aidilfitri di perantauan. Ingatilah keluarga di kampung halaman yang sentiasa merindui dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan sepanjang berjuang dirantau orang. untuk pengetahuan anda, Kelab Kebudayaan Sabah ada mengadakan sambutan Aidilfitri di sini. Sila lihat memo di mana-mana papan kenyataan di asrama dan kampus. Anda juga boleh menghubungi saudari Ros Ilyahni bintio Abd Kadir, presiden Kelab Kebudayaan Sabah di talian 014-5102279 untuk maklumat lanjut.

Sekali lagi, dipihak Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua penghuni Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu. Dalam kita bergembira ingatilah kepada mereka yang tiada. semoga ia menjadi muhasabah bagi kita yang masih hidup. akhir coretan, ingin kami persembahkan puitis-puitis aidilfitri


satukan tangan satukan hati itulah indahnya silaturrahim..

tersilat khilaf dalam candaku,
tergores luka dalam tawaku,
terselit pilu dalam tingkahku,
tersinggung rasa dalam bicaraku,
salam kemaafan kami dahulu,
moga ukhwah kekal selalu.

lihatlah awan disiang hari..
bergantian malan yang dinihari...
dirikami milik Illahi..
memohon maaf kepada insan Illahi.

Ampun dan maaf andainya kami ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama..
Tersasul yang tak sengaja...
Terambil harta & benda..
Termoody tak semena-mena..
Terumpat bila ada cerita,
Termacam-macam yang kena-mengena..
Di hari yang mulia sepuluh jari kami hulurkan semua
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana kami masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Lebaran...
Maaf zahir & Batin

No comments:

Post a Comment